Wednesday, March 16, 2011

Program Perkampungan Ilmu (Siri 1/2011)

Salam bahagia. Program Perkampungan Ilmu (PPI) siri 1, selesai dijalankan hari ini. Program hari ini adalah sesi pembentangan Pengajian Am. Tahniah kepada semua pelajar yang dapat hadir dan mengikuti program ini sejak hari Isnin lalu. Namun terdapat juga pelajar yang tidak hadir (dengan alasan yang tersendiri!) program ini dan ini amat dikesali ..

Kepada guru-guru yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini, terima kasih atas komitmen anda. Moga-moga ia menjadi pendorong kepada kejayaan kita pada tahun ini dan tahun-tahun akan datang.

Program kelas tambahan akan bermula mulai minggu depan. Semoga para pelajar dapat mengikuti program ini dengan sepenuh hati...
Jumpa lagi..
 

No comments:

Post a Comment