Saturday, March 12, 2011

Perhimpunan Pra-U Munshi Kali kedua

Majlis perhimpunan Pra -U Munshi kali kedua telah berlangsung pada hari Khamis yang lalu mulai jam 12.45-2.00 ptg. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Usaha Tetap Jaya, bacaan doa, persembahan pidato oleh pelajar yang terpilih melalui undian, ucapan dan amanat Tn. Pengetua, penyampaian hadiah hari jadi pelajar bulan Februari dan diakhiri dengan Ikrar Rukun Negara & Sekolah.

Antara yang menarik dalam program kali ini adalah persembahan pidato oleh sdri Ong yang telah menggunakan ict dlm menyampaikan isi pidatonya. Tn. Pengetua pula dalam ucapan dan amanatnya telah membakar semangat para pelajar supaya berusaha lebih gigih untuk mencapai kejayaan dalam STPM pada tahun ini. 

Tahniah kepada MPP yang berjaya mengendalikan majlis ini. Teruskan usaha anda ..

Persembahan pidato pelajar

Ucapan dan amanat oleh Tuan Pengetua
  



























Bacaan ikrar oleh sdri Lalita
 



 

No comments:

Post a Comment