Wednesday, May 25, 2011

Selamat Menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun

Kepada semua pelajar pra u , selamat menduduki peperiksaan pertengahan tahun . Semoga usaha yang dilakukan akan memberikan kesan yang bagus kepada anda semua..







Selamat bercuti selama dua minggu dan jangan lupa untuk hadir kelas tambahan (Pgm Perkampungan Ilmu Fasa 2 ) pada hari Sabtu, Isnin , Selasa dan Rabu nanti...(28 Mei - 1 Jun)

Tuesday, May 17, 2011

Sambutan Hari Guru 2011










Terima kasih kepada Kelab Guru & Badan Pengawas Sekolah yang telah mengelolakan sambutan hari guru pada tahun ini. Acara dimulakan dengan perarakan guru-guru ke padang oleh kumpulan kompang sekolah.. Perutusan KPPM & Menteri Pelajaran telah dibacakan oleh PK HEM dan PK Pentadbiran sekolah.  Tuan Pengetua dalam ucapannya telah mengucapkan terimakasih kepada semua guru yang telah menyumbang perkhidmatan cemerlang dalam meningkatkan nama baik sekolah dan turut menyentuh Transformasi Pendidikan serta NKRA Pendidikan..

Persembahan pelajar juga amat menarik dan menghiburkan...Acara dewan juga diadakan dimana guru-guru dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Sambutan hari guru diakhiri dengan satu majlis jamuan makan di Puteri Resort, Ayer Keroh... Selamat Hari Guru ...."Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"

Sunday, May 15, 2011

Latihan Dalam Perkhidmatan 2



LDP 2 telah dijalankan bagi menambahkan kemahiran dan pengetahuan kepada guru-guru SMK Munshi Abdullah. Program ini telah dijalankan pada hari Sabtu (14/5/2011) dari jam 8.00 - 1.00 ptg. Program dibahagikan kepada dua slot iaitu Slot 1 : Kemahiran Komunikasi disampaikan oleh Prof. Datuk Dr. Abu Bakar Md. Diah, manakala slot 2 : Pengurusan Aset oleh Hj. Isa , Penyelia Kanan , PPD, Melaka Tengah.

Majlis Penutup Orientasi Pra U

Persembahan Sketsa oleh pelajar-pelajar 6bawah semasa majlis penutup Minggu Orientasi 

Saturday, May 14, 2011

Gambar-gambar aktiviti Minggu Orientasi Pra U 2011/12





Minggu Orientasi Pra U 2011/2012

Minggu Orientasi Pra-U sesi 2011/2012 telah bermula pada 9/5/2011. Keseluruhannya seramai 162 pelajar yang menerima tawaran daripada 608 pelajar telah mendaftar untuk mengikuti program pra u di SMK Munshi Abdullah.

Aktiviti - aktiviti yang dijalankan adalah seperti sesi Ice Breaking bersama Kaunselor, Taklimat HEM, Taklimat Mata Pelajaran , Taklimat Kerjaya, Sukan antara kumpulan (Bola Keranjang, Futsal, Bola Jaring, Ping Pong, Senam robik) dan taklimat KOKU telah dijalankan pada hari Rabu.
Taklimat khas oleh GPK Tkn 6 diadakan pada hari Khamis . Kehadiran beberapa orang bekas pelajar tkn 6 yang sedang mengikuti program sarjana muda di beberapa buah IPT telah  meningkatkan motivasi kepada para pelajar. 

Majlis penutup minggu orientasi pada sebelah tengahari (oleh En. Mohd Hassan , Unit Bahasa). Pemantauan oleh pihak JPM telah dibuat oleh En. Mohd Harun , PP Unit Sek. Menengah.

Kepada semua pelajar pra u 2011/12 selamat datang ke SMK Munshi Abdullah.... Pra U - Selangkah ke Menara Gading..
Sesi Pendaftaran



Persembahan Berkumpulan


Friday, May 6, 2011

Hari Kolokium Pra U Munshi

Khamis : 5 Mei, 2011 - Semua pelajar pra u Munshi telah selesai membuat pembentangan penyelidikan masing-masing dalam sesi kolokium yang diadakan serentak tiga kumpulan. Sebanyak 32 buah kumpulan telah berjaya menyiapkan kajian masing-masing. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar. Terima kasih juga diucapkan kepada Unit Penyelidikan dan Kolokium yang diketuai oleh En. Seet atas kejayaan mengendalikan program ini. Juga tahniah kepada ahli panel yang mengadili sesi pembentangan...(cg. Ahmad Iskandar, cg. Maimunah, cg. Hanida, cg. Norman, cg. Norisah, cg. Heng Gi Wa dan cg. Chin Lee Ching.
Pada masa akan datang diharapkan pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh sepanjang menyediakan tugasan ini akan banyak membantu kehidupan anda...
















 

Tuesday, May 3, 2011

SELAMAT DATANG PELAJAR PRA - U (6 BAWAH) SESI 2011

Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat pra universiti di SMK Munshi Abdullah mulai 9 Mei, 2011. Pada tahun ini pusat Pra U SMKMA menerima seramai 608 pelajar aliran Sains dan Kemanusiaan dari sekolah-sekolah seperti SMK Munshi Abdullah sendiri, SMK Tun Mutahir, SMK Ayer Keroh , SMK Tinggi St. David, SMK Bukit Baru, SMK Datuk Hj. Talib Karim, SMK Bukit Rambai, SMK Durian Tunggal. 
Untuk makluman , program orientasi bagi mendedahkan para pelajar tentang program Pra U akan bermula pada hari Isnin (9/5/2011) dan tamat pada 12/5/2011. Penglibatan semua pelajar yang mendapat tawaran kemasukan Pra U dalam program orientasi ini adalah penting agar semua pelajar mendapat maklumat dan informasi yang tepat bagi menghadapi cabaran STPM bagi tahun 2012.
Tahniah sekali lagi kepada yang berjaya mendapatkan tempat di Pra U SMK Munshi Abdullah (Selangkah ke Menara Gading )