Tuesday, November 18, 2014

Teruskan perjuangan anda

Gambar-gambar di bawah adalah sebahagian daripada situasi semasa menghadapi peperiksaan STPM Penggal 1 oleh para pelajar prauniversiti SMK Munshi Abdullah. Semoga semua calon mendapat kejayaan yang cemerlang.

Persiapan sebelum peperiksaan P1

Bengkel Sejarah P1 bersama Pn.Khatijah

Add caption

Add caption

Sebelum bermulanya ujian subjek Sains Sukan



Pelajar 6BK4

Bermulanya perjuangan menuju menara gading

Peperiksaan STPM Penggal 3/2014 telah bermula pada 3- 6 November 2014, manakala peperiksan P1 dan UP1 pula bermula pada 13-19 November 2014 dan UP2 pula bermula pada 20-27 November 2014. Doa guru-guru dan ibu bapa mengiringi perjuangan anak-anak prau munshi ..
Add caption

Pelajar P1 bersama Cik Goh Geok Keow untuk program Matematik M

Haji Hussin mengendalikan program Pengajian Am

En. Mohd Yusri turut mengadakan bengkel Sejarah P1

Para pelajar P3 selesai menghadapi peperiksaan STPM

Sesi Pengajian Am P1 bersama Cikgu Raleah 




Wednesday, October 22, 2014

Majlis Restu STPM 2014

Majlis Pohon Restu calon -calon STPM P1 dan P3 telah diadakan pada hari Isnin (20/10/2014) di Dewan Munshi. Tetamu yang hadir adalah Tuan Hj. Mohd Ghazali Ahmad, Pengetua SMK Munshi Abdullah. Majlis telah didahului dengan bacaan Doa, Taklimat GPK Tkn 6, Ucapan Pengetua, Penyampaian sijil penghargaan MPP dan pelantikan MPP 2015 serta penyampaian hadiah pelajar cemerlang.

Pada sebelah petangnya satu majlis meraikan MPP 2014 telah diadakan di Hotel Abadi, Melaka Raya. 

                                                           Cenderamata Untuk MPP
                                                                             
Antara guru dan AJK MPP yang hadir


Majlis Pohon Restu



Antara calon STPM P1

Antara calon STPM P3

Motivasi bersama Tuan Pengetua


Pakaian Rasmi Pelajar Pra U, Munshi Abdullah
 

Sunday, October 19, 2014

SEMINAR SEJARAH DUNIA

Program Seminar Sejarah Dunia STPM (Kertas 1) telah berlangsung pada 11/10/14 di Dewan Munshi. Antara sekolah yang mengambil bahagian adalah SMK Munshi Abdullah, SMKA Sultan Muhammad, SMK Sultan Alaudin, SMK Teknik Melaka, SMK Bukit Baru, SMK Seri Tanjong dan SMK Pekan Baru,Muar. 
Penceramah jemputan adalah Cikgu Mohd Shukor Yusuf dari Selangor. 


 

LAMBAIAN MENARA GADING

Sekali lagi program Lambaian Menara Gading kali ke IV telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Program ini telah diadakan pada 2-3 Oktober 2014 di Ismah Beach Resort. Seramai 55 orang pelajar telah menyertai program ini. Objektif utama adalah untuk membawa keluar pelajar dari sekolah dan mengadakan sesi PdP secara pembelajaran berkumpulan , sesi pembentangan dan latih tubi. Semoga pelajar -pelajar mendapat manfaat daripada program ini.















Friday, September 19, 2014

AKTIVITI PRAU MUNSHI JUN-SEPTEMBER

Pelbagai aktiviti makin rancak diatur untuk program prauniversiti Munshi Abdullah. Antaranya Kejohanan Sukan Tingkatan Enam Negeri Melaka.Acara yang dipertandingkan pada tahun ini adalah Bola Jaring, Bola Tampar, Badminton, Futsal. namun pasukan kita hanya mendapat tempat ketiga bagi acara futsal sahaja.

Cuti pertengahan bulan September telah digunakan dengan sebaiknya bagi menjalankan program Perkampungan Ilmu P1. Kerjasama yang hebat dari guru-guru dan para pelajar yang hadir telah berjaya mengukuhkan kefahaman pelajar demi mencapai kejayaan dalam peperiksaan STPM P1 dan UP1.



 

 

Saturday, June 7, 2014

LAWATAN PENANDAARASAN PRAU KE JAKARTA BANDUNG 2014

Satu program lawatan penandaarasan pengantarabangsaan prauniversiti smk munshi abdullah telah diadakan pada 28/5 - 1/6/2014. Seramai 25 orang warga munshi telah menyertai program ini dengan diketuai oleh En. Mohd Yusri Seman, GPK T6.

Antara tempat yang dilawati adalah Pejabat Kedutaan Malaysia, Jakarta, SMA Negeri 8, Jakarta Selatan dan Universiti Padjajaran, Bandung. 

Program ini telah berjaya berjalan dengan lancar dan telah memberi manfaat kepada semua peserta.





Penyampaian cenderamata kepada En. Azhar, Wakil Pejabat Kedutaan






Bergambar di Pejabat Kedutaan Malaysia, Jakarta