Thursday, June 23, 2011

Selamat Kembali Semula Ke Sekolah (Menggapai Impian)

Sesi persekolahan penggal kedua telah bermula. Maka ini bermakna semakin hampir peperiksaan STPM .. Keputusan MUET yang dikeluarkan baru-baru ini agak menggembirakan ... 11 pelajar mendapat Band 5.. yang lain macam mana ?? Tingkatkan usaha anda...

Bulan Jun dan Julai memang ada macam-macam program.. Saringan Sukan, Larian 1 Murid 1 Sukan, Sukan Sekolah, dan Karnival Kokurikulum serta Karnival Tingkatan Enam... Pandai-pandailah anda menyesuaikan diri dengan aktiviti tersebut  disamping jangan lupa kepada persediaan peperiksaan.

Perhimpunan kali ke 5 pelajar Pra U Munshi berjalan dengan lancar, walaupun pada permulaan ada sedikit gangguan teknikal.. Acara petang tadi bermula dengan nyanyian lagu Usaha Tetap Jaya, doa, pidato pelajar, persembahan kolokium, penyampaian hadiah (Band 5 Muet), hadiah hari lahir... moga-moga usaha pentadbiran tkn 6 ini dapat menaikkan lagi semangat para pelajar pra u munshi....