Saturday, October 27, 2012

Lawatan ke SPRM

Pada 17/10/2012  Pelajar Pra U , Munshi Abdullah telah mengadakan lawatan ke SPRM di Teluk Mas , Melaka. Pihak SPRM telah sudi menerima kunjungan 80 pelajar dan 4 guru Pra U dari SMK Munshi Abdullah. Aturcara yang dijalankan di SPRM adalah sesi Taklimat, Soal Jawab, Jamuan Makan Tengahari dan Lawatan sekitar SPRM. Warga Pra U Munshi Abdullah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak SPRM...

Sesi Taklimat di Bilik Mesyuarat SPRM

Ucapan oleh Tuan Pengarah SPRM

Penyampaian Cenderamata Oleh GPK Tkn 6 kepada pihak SPRM

Sesi Fotografi
 

Tuesday, October 23, 2012

Lambaian Menara Gading 2012

Program Lambaian Menara Gading telah dijalankan buat kali kedua pada 12-13 Oktober 2012 bertempat di Kompleks Falak Al Khawarizmi. Program pada kali ini melibatkan para pelajar pra u aliran kemanusiaan . Jadual program adalah seperti berikut :

12/10/2012
7.30 pg   - Bertolak ke Kompleks Falak 
              - Sarapan Pagi 
              - Bengkel Pengajian Am
1.00 th    - Makan & Solat Jumaat
2.30 ptg  - Bengkel Bahasa Melayu / Sejarah
5.00 ptg  - Riadah

8.00 mlm - Bengkel Ekonomi / Sains Sukan 

13/10/2012
4.30 pg   - Qiamulail 
7.00 pg   - Senaman di Pantai Tanjung Bidara
8.30 pg   - Bengkel P.Perniagaan / Sains Sukan 
11.30 pg  - Tayangan 3D
12.00th   - Majlis Penutup
1.30 th   - Bertolak balik ke sekolah 

Adalah diharapkan agar program ini dapat menjadi satu kenangan yang indah dan membantu calon-calon mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM.












 

Friday, October 12, 2012

Seminar STPM Negeri Melaka

Satu seminar STPM peringkat Negeri Melaka telah diadakan pada 10 Oktober 2012 di Kompleks Falak Al Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka. Program ini merupakan satu usaha daripada pihak Majlis Permuafakatan GPK Tkn Enam dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Melaka (Unit Menengah) untuk memberi ruang dan peluang kepada calon-calon terbaik dari seluruh negeri Melaka berkongsi ilmu pengetahuan dan pendekatan terbaik dalam menghadapi peperiksaan STPM. 

Jadual program adalah seperti berikut : 

8.30 pg    - Ceramah Bahasa Melayu / Kimia
10.30 pg  - Rehat
11.00 pg   - Ceramah Ekonomi / Biologi / Fizik 
1.00 th    - Makan Tengahari / Solat 
2.00 ptg  - Ceramah Pemgajian Am 
4.30 ptg  - Majlis Penutup oleh Tuan Pengarah Pelajaran Melaka
 

Sunday, October 7, 2012

Kolaborasi Pra U Munshi Abdullah ke Utara

Pada 28-30 September, 2012 satu program Kolaborasi PraU telah dijalankan. Program ini melibatkan seramai 30 pelajar tingkatan enam dan 6 orang guru. Jadual program adalah seperti berikut : 

Jumaat (28/9/2012)
11.00 pg     - Bertolak dari SMKMA ke UPSI
3.00 ptg     - Program bersama Fakulti Sains Sukan UPSI
11.00 mlm  - Urusan penginapan di SMK Ibrahim, Sungai Petani

Sabtu (29/9/2012)
9.00 pg      - Aktiviti suaikenal & sukaneka bersama pelajar tkn 6 SMK Ibrahim
11.30 pg    - Lawatan ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang
4.00 ptg    - Lawatan ke Padang Besar
7.30 mlm   - Urusan penginapan di SMK Derma
9.00 mlm   - Makan Malam di Kuala Perlis

Ahad (30/9/2012)
9.30 pg     - Lawatan ke UUM
1.00 ptg    - Bertolak balik ke Melaka
12.00 mlm - Selamat sampai di SMK Munshi Abdullah

Mendengar Taklimat di UPSI

Bergambar bersama Dekan Fakulti Sains Sukan

Di hadapan Masjid UPSI di Kampus Proton City

Bergambar bersama PPU SMK Ibrahim


Aktiviti Sukan Bersama SMK Ibrahim, Sg. Petani


Cenderamata untuk SMK Ibrahim

Bergambar di Muzium Arkeologi Lembah Bujang


Bergambar bersama Guru SMK Derma, Kangar , Perlis

Bergambar di hadapan Canselori, UUM



Bersama pegawai perpustakaan , UUM