Saturday, March 31, 2012

PERHIMPUNAN BULAN MAC

Satu perhimpunan bulanan bagi pelajar Pra U telah diadakan pada 29 Mac, 2012. Aturcara perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu Usaha Tetap Jaya, Ikrar, Doa dan Persembahan Koir (Melaka Maju 2010)

Taklimat seterusnya disampaikan oleh Cik Yeo Chit Neo mengenai Ujian Muet dan Cikgu Tan Hun Kok mengenai larian Karnival Pendidikan. Pelajar terbaik aliran kemanusiaan (Shahira Adam 6A2 ) juga turut berkongsi pengalaman cara belajar sehingga beliau dapat kejayaan 4A dalam STPM 2011. 

GPK Tkn 6 seterusnya telah memberikan ucapan mengenai program Skor A dan program 1P1P bagi mencapai hasrat mencapai keputusan 100% dalam peperiksaan STPM tahun 2012. 

Majlis seterusnya adalah penyampaian sijil pelajar cemerlang Ujian Mac (PNGK 3.5 ke atas) dan hadiah hari lahir.

Adalah diharapkan agar majlis ini dapat meningkatkan lagi usaha dan motivasi pelajar Pra U, SMK Munshi Abdullah.











Sunday, March 25, 2012

KURSUS JURULATIH UTAMA SUKATAN BAHARU STPM

Cenderamata kepada En. Salleh Utoh yang akan bersara pada bulan Jun 
Kursus JU Sukatan Baharu STPM telah dianjurkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) pada 23-15 Mac, 2012 di Hotel Pearl International. Setiap negeri telah menghantar dua orang wakil bagi memahami kandungan sukatan pelajaran baharu ini. Semoga kertas Sejarah STPM akan mendapat sambutan yang lebih baik daripada calon-calon STPM.






KURSUS TAMU ANJURAN ANGKASA

Satu lagi program percambahan ilmu pelancongan telah diberikan kepada para peserta yang akan mengikuti rombongan ke Kuching, Sarawak pada 13-16 April. Dalam kursus ini, para pelajar diberikan pendedahan tentang bagaimana menjadi seorang hos di sekolah yang akan dilawati iaitu SMK Tun Abang Hj. Openg (TAHO).



Para peserta lelaki 

Peserta perempuan

LAWATAN KE JPA / ISTANA KEHAMKIMAN/ PARLIMEN

Satu program ilmiah pelajar-pelajar Pra U, SMK Munshi Abdullah ke Putra Jaya dan Kuala Lumpur telah diadakan pada 19 Mac, 2012. Hampir semua pelajar pra u telah mengikuti program ini sebagai salah satu langkah meningkatkan kefahaman pelajar mengenai institusi pentadbiran negara.

Bergambar di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)


Para pelajar berpeluang berada di dalam Dewan Negara



Bergambar bersama YB Datuk Idris Haron

Saturday, March 10, 2012

Ujian Bulan Mac

Ujian bulan Mac telah dijalankan mulai 2/3/2012 - 9/3/2012. Ini adalah salah satu usaha pihak sekolah untuk memantapkan persediaan para pelajar STPM.. Semoga berjaya kepada semua calon..




PENGUMUMAN KEPUTUSAN STPM 2011

Pada 7 Mac 2012, keputusan STPM 2011 telah diumumkan. Seramai 1 pelajar telah berjaya mencapai keputusan PNGK 4.00. (Andy Chong) dan 28 pelajar telah mencapai keputusan 3.5 ke atas. Kualiti pencapaian calon pada tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.  Kira-kira 59 pelajar telah berjaya mencapai PNGK 3.00 . Antara mata pelajaran yang meningkat adalah P.Am, Sejarah, Biology, Sains Sukan, Matematik T dan Bahasa Melayu.


Pelajar Terbaik STPM (Andy Chong) menerima sijil dan piala daripada Hj. Rashid Hussin



Pelajar terbaik aliran kemanusiaan (Shahira Adam - 3.92 PNGK)

Para Pelajar Tarbaik STPM (PNGK 3.5 ke atas)

Pelajar Terbaik (Andy Chong)  bersama Hj. Rashid, En. Mohd Yusri dan Cik Heng

PERJUMPAAN TN. PENGETUA BERSAMA PELAJAR PRA U

Satu sesi pertemuan antara Tn. Pengetua (Hj. Rashid Hussin) bersama para pelajar pra u telah di adakan di BK 3 baru-baru ini. Pertemuan tersebut diadakan sebagai salah satu program memotivasikan calon-calon STPM 2012 supaya sentiasa berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan yang cemerlang.