Sunday, November 17, 2013

Majlis Restu Calon Penggal 1 STPM 2014

Satu taklimat dan majlis mohon restu bagi calon-calon STPM Penggal 1 telah diadakan di Bilik Gerakan sekolah pada 15/11/2013. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi taklimat kepada calon-calon berhubung dengan hal-hal berkaitan peperiksaan yang akan bermula pada 19/11/2013.

Antara guru yang telah memberikan ucapan adalah Cikgu Ramli Md. Tion (kaunselor), En. Mohd Yusri Seman (GPK Tingkatan Enam) dan En. Mansor Idris (GPK Pentadbiran). Diharapkan semua calon dapat memberikan sepenuh tumpuan dan membuat persediaan yang secukupnya bagi menghadapi peperiksaan tersebut. 

Janji  4A daripada MPP

Sesi taklimat untuk peperiksaan STPM P1

Ucapan En. Mansor (PK1)

Taklimat Teknikal oleh En. Mohd Yusri

Taklimat oleh En. Ramli (Kaunselor)

Antara pelajar yang bakal menduduki peperiksaan

Sempat juga bergambar dengan calon P3


 

Saturday, November 16, 2013

Bermulanya Sebuah Perjuangan

Selamat berjuang dan semoga mencapai kejayaan cemerlang kepada semua calon STPM P3 yang mula menduduki peperiksaan mulai 6/11/2013 - 14/11/2013.

Bagi calon-calon P1, peperiksaan bermula mulai 19/11/2013 - 25/11/2013. Sebelum bermula peperiksaan, sekali lagi Unit Kurikulum Kemanusiaan telah mengadakan program Pecutan Akhir STPM P1 bertempat di Komplek Falak Al Khawarizmi pada 12-13 November, 2013.

Subjek tumpuan adalah Bahasa Melayu, Pengajian Am, Ekonomi, Sejarah, Pengajian Perniagaan dan Sains Sukan. Rata-rata semua pelajar yang mengikuti program ini berasa sangat gembira kerana dapat belajar dengan lebih fokus dan tenang.

Taklimat kepada peserta

Suasana belajar yang kondusif

Latihan membina keyakinan diri

Bergambar di Menara Komplek

Makan Tengahari

Sementara menunggu tetamu
Lawatan ke Planetarium
Program Solat Hajat & Tazkirah bersama Ust Bakhtiar
S
Sesi rehat minda


Peserta Program





Thursday, October 31, 2013

Taklimat Bersama MPM

Satu taklimat berkaitan dengan pengendalian peperiksaan STPM (Modular) dan PBS telah diadakan di SMK Munshi Abdullah pada 31/10/2013. Pegawai MPM yang hadir adalah En. Abd. Majid bin Adnan. Beliau telah memberi penerangan kepada pelajar 6Bawah dan guru-guru tingkatan enam. Banyak informasi yang berguna telah disampaikan dan diharap dapat difahami oleh semua pelajar.





LAMBAIAN MENARA GADING

Program Lambaian Menara Gading sekali lagi telah dapat dijalankan oleh Unit Kurikulum (Kemanusiaan) pada 29-30 Oktober, 2013 bertempat di Ismah Beach Resort, Pengkalan Balak. Program ini bertujuan memantapkan kefahaman dan persiapan calon-calon STPM P3 untuk menghadapi peperiksaan STPM bermula 6 November nanti.

Rata-rata calon yang menghadiri program ini sangat berpuas hati dan seronok dengan pengisian program disamping dapat belajar dalam suasana yang tenang dan nyaman di pantai Tanjung Bidara.


Sebelum bertolak ke Ismah Resort


Bersama pelajar 6AK3

Slot Bahasa Melayu

Sesi perbincangan Sains Sukan

Pembentangan Subjek Sains Sukan

Sesi pembentangan Subjek Sejarah

En. Yusri turut turun padang (slot Sejarah)

Membaca doa sebelum bengkel dimulakan

Makan Malam

Tuan Pengetua turut hadir

Penyampaian cenderamata kepada perasmi (Tn Hj.Isnin Aman)

Pelajar-pelajar 6AK3

Bergambar setelah selesai sesi riadah pagi

Bengkel Pengajian Am bersama Cik Heng

Meraikan hari lahir peserta program


Senaman Pagi


Sunday, October 27, 2013

JAMUAN AKHIR TAHUN PRA U

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah menganjurkan satu jamuan (hitea) pada 25/10/2013 yang lalu. Majlis ini bertujuan mengeratkan silaturahim antara pelajar dan guru, dan juga bagi menghargai pelajar-pelajar yang berjasa serta sebagai kenangan kepada pelajar 6 Atas yang akan menamatkan zaman persekolahan.

Jamuan telah diadakan di Botanical Cafe jam 3.00 petang. Antara tetamu yang hadir adalah Tn. Hj. Md. Rashid b Hj. Husin, Pengetua Cemerlang, SMKMA dan En. Zainal b Lajis, Usahawan Elken (bekas pelajar dan guru SMKMA)

Antara acara yang telah dijalankan adalah Tayangan Multi Media, Ucapan, Sesi Motivasi bersama En. Zainal , Cabutan Bertuah, Penyampaian Sijil dan Hadiah Best Dress.


Pelajar 6AK4 bersama GPK T6

AJK MPP Sesi 2013/14

Tetamu Kehormat bersama para pelajar 6 Atas


Pelajar 6AK3 bersama GPK T6

Sesi Motivasi bersama En. Zainal

Antara guru-guru yang hadir