Tuesday, March 1, 2011

Memperkasa Pra Universiti

Pelantikan GPK Tkn Enam yang baru iaitu En.Mohd Yusri Seman bagi menggantikan En. Ong Wah Beng telah diumumkan oleh Tn.Pengetua semasa majlis persaraan En. Ong Wah Beng.Bagi meneruskan usaha-usaha memperkasakan Pra Universiti, beberapa penambahbaikan telah dilaksanakan.

Tn. Pengetua, En. Ong dan En. Mohd Yusri di bilik Pengetua
                                   
Persembahan Tarian Singa Sempena Persaraan En. Ong Wah Beng dan Sambutan Tahun Baru Cina
            
Pada 9/2/2011 perjumpaan bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah diadakan bagi membincangkan program-program sepanjang tahun 2011. Pada 16/2/2011 satu lawatan ke PPU SMK Seri Tanjung telah diatur sebagai usaha menambah pengetahuan dan perkongsian ilmu bersama MPP SMKMA dengan SMK Seri Tanjung.

Majlis perhimpunan pelajar pra universiti pula telah diadakan pada 17/2/2011 (Khamis) Dalam majlis ini MPP telah diberi ruang untuk mengelolakan majlis tersebut. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu sekolah, doa, pidato pelajar, taklimat penyelidikan oleh En. Seet , ucapan GPK Tkn 6, majlis penyampaian hadiah harijadi dan diakhiri dengan ikrar pelajar (Rukun Negara & Sekolah)


Sambutan Maulidur Rasul SAW telah diadakan pada 23 /2/2011. Pelajar pra u turut mengambil bahagian dalam perarakan. Ceramah kemudiannya disampaikan oleh penceramah terkemuka iaitu Ustaz Wan Sohor Bani Leman .



Perjumpaan tenaga pengajar pra u bagi membincangkan kaedah penyediaan penyelidikan dan kolokium telah diadakan pada 24/2/2011. En. Ahmad Iskandar pula telah menyampaikan taklimat berhubung dengan program penyelidikan.




Keputusan STPM 2010 telah diumumkan pada 21/2/2011. Walaupun agak merosot sedikit , namun terdapat enam pelajar yang telah mencapai keputusan yang baik (lebih 3.6 ) dan lebih kurang 35 pelajar mencapai 3.0 ke atas. Usaha-usaha yang lebih konsisten dan bersepadu perlu dibuat bagi membantu meningkatkan prestasi pada tahun 2011.



Pelajar Terbaik STPM Tahun 2010
                                                     
Sesi Sukan Tara yang diadakan pada 19 Februari 2011 telah menunjukkan peratus kehadiran yang rendah dalam kalangan pelajar pra u. Bagi mendidik semangat bersukan , Unit Sukan Pra U dibawah kendalian En. Tan Han Kuk dan Pn. Alifah telah mengadakan satu sesi latihan kepada mereka yang tidak hadir pada hari selasa mulai jam 3.30 ptg dan ia nya telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Tahniah.





Ujian Penilaian 1 telah bermula dari 28/2/2011 hingga 4/3/2011. Selamat menghadapi ujian . Semoga berjaya..

No comments:

Post a Comment