Wednesday, March 30, 2011

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR XPDC KE TAMAN NEGARA

Kepada mereka yang masih belum ke sini, cepatlah buat program ke Taman Negara yang kaya dengan hasil flora & fauna yang masih suci dan tidak dicemar..














cubaan menyumpit

Bergambar di kampung orang asli






aksi semasa sukaneka

dalam perjalanan pulang

selamat sampai

Tuesday, March 29, 2011

LAWATAN PRA U MUNSHI KE PARLIMEN & PUTRAJAYA

Balik aja dari Taman Negara, satu lagi program Pra U Munshi dijalankan. Kali ini kami ke Parlimen & Putrajaya. Hampir seluruh pelajar pra u mengikuti program ini. Sebanyak empat buah bas digunakan. Atucara lawatan pada kali ini seperti berikut :

6.45 pg      - Bergerak ke Kuala Lumpur
10.00 pg   - Tiba di Parlimen
2.30 ptg    - Lawatan ke SPR & Istana Kehakiman
6.00 ptg    - Alamanda
9.45 mlm  - Tiba di Melaka.
Diharapkan para peserta dapat menimba banyak pengetahuan dan pengalaman sepanjang mengikuti program ini. Terima kasih juga kepada YB Datuk Md. Sirat Abu, Ahli Parlimen Bukit Katil yang sudi bersama kita dan menaja jamuan makan tengahari.

YB Datuk Md. Sirat sedang beramah mesra dgn pelajar

PK Tkn 6 bersama bekas pelajar Pra U (bertugas di Parlimen)

YB Datuk bersama guru-guru Tkn 6 sedang menjamu selera



Para pelajar bergambar bersama YB Datuk Md. Sirat Abu di hadapan Dewan Rakyat

Guru-guru pengiring bersama YB Datuk Md. Sirat Abu



Taklimat bersama Suruhanjaya Pilihanraya

Ucapan terima kasih daripada En. Charlie

Penyampaian cenderamata kepada wakil SPR

XPDC Pra-U ke Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang

Satu program xpdc pelajar pra u munshi abdullah ke Taman Negara telah dijalankan dengan jayanya pada 24-27 Mac yang lalu. Seramai 44 orang guru dan pelajar telah menyertai program ini. Aturcara program adalah seperti berikut :

25/3/2011 (Jumaat)
8.30 pg  - Lawatan ke Institut Biodiversiti Verterinar, Jerantut
2.00 ptg - Urusan Penginapan
3.30 ptg - Team Building
8.00 mlm - Night Jungle Walk


26/3/2011 (Sabtu)
8.30 pg  - Jungle Trekking , Canopy Walk Way
3.00 ptg - Melawat Kampung Orang Asli
              - Meredah Jeram (Rapid Shooting)
9.00 mlm - Malam Kebudayaan &Camp Fire


27/3/2011 (Ahad)
8.30 pg   - Sukaneka
12.00 th   - Bertolak balik ke Melaka
7.00 ptg  - Sampai ke Melaka


Semoga program ini dapat meningkatkan lagi motivasi dan kesedaran dalam kalangan para peserta terhadap kepentingan menjaga alam sekitar dan kerjasama berpasukan ..



Keindahan alam semulajadi




Jeti Kuala Tahan



Sunday, March 20, 2011

Kursus Kawat Kaki Unit Uniform

Kursus Kawat Kaki Unit Uniform SMK Munshi Abdullah telah dijalankan pada 12/3/2011 (Sabtu). Wakil dari setiap unit uniform telah diberi pendedahan dan tunjukajar asas dalam kawat kaki. Ini diharap dapat membantu mereka mendedahkan kemahiran ini kepada anak buah dalam unit masing-masing nanti.

Kepada pelajar pra u yang terlibat, tahniah dan gunakanlah ilmu yang diperoleh itu untuk merancakkan lagi aktiviti unit masing-masing. 

Syabas kepada Unit Koku dan terima kasih kepada jurulatih dari Kem Terendak.








Wednesday, March 16, 2011

Program Perkampungan Ilmu (Siri 1/2011)

Salam bahagia. Program Perkampungan Ilmu (PPI) siri 1, selesai dijalankan hari ini. Program hari ini adalah sesi pembentangan Pengajian Am. Tahniah kepada semua pelajar yang dapat hadir dan mengikuti program ini sejak hari Isnin lalu. Namun terdapat juga pelajar yang tidak hadir (dengan alasan yang tersendiri!) program ini dan ini amat dikesali ..

Kepada guru-guru yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini, terima kasih atas komitmen anda. Moga-moga ia menjadi pendorong kepada kejayaan kita pada tahun ini dan tahun-tahun akan datang.

Program kelas tambahan akan bermula mulai minggu depan. Semoga para pelajar dapat mengikuti program ini dengan sepenuh hati...
Jumpa lagi..
 

Saturday, March 12, 2011

Perhimpunan Pra-U Munshi Kali kedua

Majlis perhimpunan Pra -U Munshi kali kedua telah berlangsung pada hari Khamis yang lalu mulai jam 12.45-2.00 ptg. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Usaha Tetap Jaya, bacaan doa, persembahan pidato oleh pelajar yang terpilih melalui undian, ucapan dan amanat Tn. Pengetua, penyampaian hadiah hari jadi pelajar bulan Februari dan diakhiri dengan Ikrar Rukun Negara & Sekolah.

Antara yang menarik dalam program kali ini adalah persembahan pidato oleh sdri Ong yang telah menggunakan ict dlm menyampaikan isi pidatonya. Tn. Pengetua pula dalam ucapan dan amanatnya telah membakar semangat para pelajar supaya berusaha lebih gigih untuk mencapai kejayaan dalam STPM pada tahun ini. 

Tahniah kepada MPP yang berjaya mengendalikan majlis ini. Teruskan usaha anda ..

Persembahan pidato pelajar

Ucapan dan amanat oleh Tuan Pengetua
  



























Bacaan ikrar oleh sdri Lalita