Wednesday, October 22, 2014

Majlis Restu STPM 2014

Majlis Pohon Restu calon -calon STPM P1 dan P3 telah diadakan pada hari Isnin (20/10/2014) di Dewan Munshi. Tetamu yang hadir adalah Tuan Hj. Mohd Ghazali Ahmad, Pengetua SMK Munshi Abdullah. Majlis telah didahului dengan bacaan Doa, Taklimat GPK Tkn 6, Ucapan Pengetua, Penyampaian sijil penghargaan MPP dan pelantikan MPP 2015 serta penyampaian hadiah pelajar cemerlang.

Pada sebelah petangnya satu majlis meraikan MPP 2014 telah diadakan di Hotel Abadi, Melaka Raya. 

                                                           Cenderamata Untuk MPP
                                                                             
Antara guru dan AJK MPP yang hadir


Majlis Pohon Restu



Antara calon STPM P1

Antara calon STPM P3

Motivasi bersama Tuan Pengetua


Pakaian Rasmi Pelajar Pra U, Munshi Abdullah
 

Sunday, October 19, 2014

SEMINAR SEJARAH DUNIA

Program Seminar Sejarah Dunia STPM (Kertas 1) telah berlangsung pada 11/10/14 di Dewan Munshi. Antara sekolah yang mengambil bahagian adalah SMK Munshi Abdullah, SMKA Sultan Muhammad, SMK Sultan Alaudin, SMK Teknik Melaka, SMK Bukit Baru, SMK Seri Tanjong dan SMK Pekan Baru,Muar. 
Penceramah jemputan adalah Cikgu Mohd Shukor Yusuf dari Selangor. 


 

LAMBAIAN MENARA GADING

Sekali lagi program Lambaian Menara Gading kali ke IV telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Program ini telah diadakan pada 2-3 Oktober 2014 di Ismah Beach Resort. Seramai 55 orang pelajar telah menyertai program ini. Objektif utama adalah untuk membawa keluar pelajar dari sekolah dan mengadakan sesi PdP secara pembelajaran berkumpulan , sesi pembentangan dan latih tubi. Semoga pelajar -pelajar mendapat manfaat daripada program ini.