Friday, September 19, 2014

AKTIVITI PRAU MUNSHI JUN-SEPTEMBER

Pelbagai aktiviti makin rancak diatur untuk program prauniversiti Munshi Abdullah. Antaranya Kejohanan Sukan Tingkatan Enam Negeri Melaka.Acara yang dipertandingkan pada tahun ini adalah Bola Jaring, Bola Tampar, Badminton, Futsal. namun pasukan kita hanya mendapat tempat ketiga bagi acara futsal sahaja.

Cuti pertengahan bulan September telah digunakan dengan sebaiknya bagi menjalankan program Perkampungan Ilmu P1. Kerjasama yang hebat dari guru-guru dan para pelajar yang hadir telah berjaya mengukuhkan kefahaman pelajar demi mencapai kejayaan dalam peperiksaan STPM P1 dan UP1.



 

 

Saturday, June 7, 2014

LAWATAN PENANDAARASAN PRAU KE JAKARTA BANDUNG 2014

Satu program lawatan penandaarasan pengantarabangsaan prauniversiti smk munshi abdullah telah diadakan pada 28/5 - 1/6/2014. Seramai 25 orang warga munshi telah menyertai program ini dengan diketuai oleh En. Mohd Yusri Seman, GPK T6.

Antara tempat yang dilawati adalah Pejabat Kedutaan Malaysia, Jakarta, SMA Negeri 8, Jakarta Selatan dan Universiti Padjajaran, Bandung. 

Program ini telah berjaya berjalan dengan lancar dan telah memberi manfaat kepada semua peserta.





Penyampaian cenderamata kepada En. Azhar, Wakil Pejabat Kedutaan






Bergambar di Pejabat Kedutaan Malaysia, Jakarta
 

Wednesday, May 14, 2014

Majlis Bacaan Yasin & Solat Hajat STPM P2

Satu majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin bagi calon-calon STPM P2 telah diadakan pada 14/5/2014 di Surau Aspuri. Majlis diketuai oleh Ustaz Bakhtiar dan dihadiri oleh guru-guru tkn 6 , termasuk GPK Koku, Tn. Hj. Ramli Mohd Jilis.. Semoga usaha murni ini diberkati Allah SWT.







Majlis Mohon Restu STPM P2

Peperiksaan STPM Penggal 2 akan bermula pada 19-22 Mei 2014. Satu program bersama Pengetua telah diadakan pada 12/5/2014 dengan dihadiri oleh semua pelajar PPU dan guru-guru PPU. Majlis mohon restu juga telah dijalankan bagi memberi dorongan dan semangat kepada pelajar PPU berkenaan.



Sekitar Program Orientasi

Program orientasi telah berjalan selama seminggu iaitu dari 5/5/14 - 9/5/14. Program ini telah banyak membantu pelajar memahami tujuan masuk ke tingkatan enam dan pendedahan yang diberikan dapat membantu keyakinan pelajar. 

Cenderamata Pelajar

Taklimat GPK T6 kepada pelajar & Ibubapa


Antara pelajar yang mendaftar pada hari pertama

MPP turut membantu pendaftaran

Acara sukan Futsal



Selepas senamrobik

Jamuan di kantin


Bergambar selepas majlis penutup



Program bersama MSU

 

Sunday, May 4, 2014

SELAMAT DATANG PELAJAR BARU PRAUNIVERSITI SESI 2014/15

Pengurusan PraUniversiti SMK Munshi Abdullah mengucapkan selamat datang kepada pelajar-pelajar baru sesi 2014/15 ke Pusat Tingkatan Enam, SMK Munshi Abdullah. Program orientasi bermula 5-12 Mei 2014. Semoga anda semua akan mendapat pengalaman dan pengetahuan yang bermanfaat dalam program ini.

SELAMAT DATANG PENGETUA BARU TN. HJ. MOHD RASHID BIN MOHD SIDEK

Pada 2 Mei 2014, secara rasminya Tn. Hj. Mohd Rashid bin Mohd Sidek telah melapor diri sebagai Pengetua SMK Munshi Abdullah bagi menggantikan Tn. Hj. Md. Rashid bin Hussin yang telah dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Pendidikan Melaka. 

Rombongan dari SMK Bukit Baru telah tiba di SMK Munshi Abdullah pada jam 9.20 pagi dengan diiringi seramai 10 orang guru SMK Bukit Baru dan turut sama hadir Pengerusi PIBG SMK Bukit Baru.

Majlis seterusnya berlangsung di Bilik Gerakan sekolah dimana GPK1 telah memberikan ucapan aluan sebagai menambut ketibaan rombongan dari SMKBB. 

Ucapan balas telah dibuat oleh GPK 1 SMKBB iaitu Tn. Hj. Noh Adnan. Seterusnya Tn. Hj. Mohd Rashid Sidek dalam ucapannya merakamkan ucapan terima kasih kepada kedua-dua buah sekolah yang telah menganjurkan majlis tersebut dan berjanji akan menjayakan misi Munshi Cemerlang dalam pentadbirannya.