Sunday, May 4, 2014

SELAMAT DATANG PENGETUA BARU TN. HJ. MOHD RASHID BIN MOHD SIDEK

Pada 2 Mei 2014, secara rasminya Tn. Hj. Mohd Rashid bin Mohd Sidek telah melapor diri sebagai Pengetua SMK Munshi Abdullah bagi menggantikan Tn. Hj. Md. Rashid bin Hussin yang telah dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Pendidikan Melaka. 

Rombongan dari SMK Bukit Baru telah tiba di SMK Munshi Abdullah pada jam 9.20 pagi dengan diiringi seramai 10 orang guru SMK Bukit Baru dan turut sama hadir Pengerusi PIBG SMK Bukit Baru.

Majlis seterusnya berlangsung di Bilik Gerakan sekolah dimana GPK1 telah memberikan ucapan aluan sebagai menambut ketibaan rombongan dari SMKBB. 

Ucapan balas telah dibuat oleh GPK 1 SMKBB iaitu Tn. Hj. Noh Adnan. Seterusnya Tn. Hj. Mohd Rashid Sidek dalam ucapannya merakamkan ucapan terima kasih kepada kedua-dua buah sekolah yang telah menganjurkan majlis tersebut dan berjanji akan menjayakan misi Munshi Cemerlang dalam pentadbirannya. 



 


No comments:

Post a Comment