![]() | ||
| Para pelajar Pra U MUnshi yang terlibat dengan Program Khidmat Masyarakat |
Sunday, August 28, 2011
Lawatan Pelajar Pra U Munshi ke Rumah Kenangan , Cheng , Melaka
Sempena penghayatan bulan Ramadhan Al Mubarak dan program Khidmat Masyarakat, seramai 20 pelajar Pra U Munshi telah mengadakan satu program bersama warga tua di rumah kenangan , Cheng, Melaka pada hari Selasa ( 23 Ogos, 2011) mulai jam 2.00 - 5.00 ptg. Antara fokus utama program ini adalah untuk menceriakan warga tua yang tinggal di rumah kenangan tersebut dan juga program ini turut memberikan sumbangan berupa pampers & beras kepada mereka. Tahniah dan syabas kepada AJK program yang telah berjaya mengelolakan program ini.
Wednesday, August 24, 2011
Sesi Pembentangan Banner Ceria Merdeka
Rabu (24/8/2011) - Sesi pembentangan banner telah berlangsung dengan jayanya ptg tadi sempena aktiviti koku tkn 6 bawah. Sebanyak 7 pasukan mengambil bahagian dan semuanya telah menunjukkan prestasi yang baik. Tahniah kepada semua pasukan yang dapat menunjukkan mutu rekacipta banner yang menarik dan pembentangan yang berkesan..
| Add caption |
Tuesday, August 16, 2011
Sambutan Bulan Kemerdekaan kali ke -54
Dalam perhimpunan rasmi pagi tadi, satu majlis perasmian sambutan bulan kemerdekaan kali ke 54 telah diadakan. Majlis telah dianjurkan oleh Panitia Sejarah dan Kelab Setia. En. Ahmad Dhabal, Pegawai Penerangan Daerah telah merasmikan sambutan kemerdekaan pada tahun ini.
| GPK Tkn 6 bersama beberapa orang pelajar pembawa bendera Malaysia |
| En. Ahmad Dhabal, Pegawai Penerangan Daerah Melaka Tengah |
Sunday, August 7, 2011
Perhimpunan Pra-U kali ke 5
Pada hari khamis (4/8/2011) satu perhimpunan untuk para pelajar pra - u , Smk Munshi Abdullah telah diadakan di dewan sekolah bermula jam 1.15 ptg. Acara dimulai dengan nyanyian lagu sekolah, ikrar rukun negara & sekolah, bacaan doa, sesi kolokium, pidato pelajar (tajuk : patriotisme), penyampaian hadiah karnival sukan pra u , penyampaian sijil karnival koku, penyampaian hadiah hari jadi (masa ni cikgu charlie cabut lari bila cikgu lee lin mei nak sampaikan hadiah) dan ucapan GPK Tkn. 6
Karnival Sukan Pra - U 2011
Sempena bulan kecergasan , unit sukan JPM telah menganjurkan karnival sukan pra-u, khusus untuk pelajar2 pra u negeri Melaka. Aktiviti tersebut telah dijalankan selama dua hari bermula pada 29-30 Julai lalu bertempat di SMK Seri Kota, Sekolah Sukan Negeri.
Acara-acara yang dipertandingkan adalah seperti Sepak Takraw, Bola Keranjang, Futsal, Bola Jaring dan Road Relay. Kontingen SMKMA yang turut mengambil bahagian telah memenangi beberapa acara seperti Futsal, Bola Keranjang dan Road Relay. Tahniah kepada para pemenang.
Acara-acara yang dipertandingkan adalah seperti Sepak Takraw, Bola Keranjang, Futsal, Bola Jaring dan Road Relay. Kontingen SMKMA yang turut mengambil bahagian telah memenangi beberapa acara seperti Futsal, Bola Keranjang dan Road Relay. Tahniah kepada para pemenang.
![]() | |
| Antara pelajar yang mewakili pasukan SMKMA |
Tuesday, July 19, 2011
Karnival Kokurikulum Pra Universiti kali 1, 2011
Karnival Kokurikulum Pra U Negeri Melaka telah diadakan pada 8-10 Julai, 2011 di SMK Munshi Abdullah, Melaka. Sebanyak 24 buah sekolah yang mempunyai tingkatan enam (pra u ) telah menyertai karnival ini. Setiap sekolah telah menghantar lima wakil pelajar.
Aktiviti program adalah seperti berikut :
Jumaat (8/7/2011)
3.00 ptg - Pendaftaran & Ice Breaking
8.30 mlm - Ceramah Kenegaraan 1 Malaysia (Jbtn Penerangan)
10.45 mlm - Team Building
Sabtu (9/7/2011)
7.00 pg - Senamrobik
8.30 pg - Motivasi bersama MSU
2.00 ptg - Ceramah Pengajian Am
5.00 ptg - Aktiviti Koku
8.30 mlm - Majlis Perasmian bersama Pengarah Pelajaran Melaka
10.45 mlm - Refleksi
Ahad (10/7/2011)
8.30 pg - Para peserta balik ke sekolah masing-masing
Program ini telah berjaya menampilkan kewibawaan para pelajar pra u negeri Melaka dan kejayaan tersebut talah menarik minat perhatian Jabatan Pelajaran Melaka untuk memasukkan program tersebut dalam takwim aktiviti koku pada tahun hadapan..
Aktiviti program adalah seperti berikut :
Jumaat (8/7/2011)
3.00 ptg - Pendaftaran & Ice Breaking
8.30 mlm - Ceramah Kenegaraan 1 Malaysia (Jbtn Penerangan)
10.45 mlm - Team Building
Sabtu (9/7/2011)
7.00 pg - Senamrobik
8.30 pg - Motivasi bersama MSU
2.00 ptg - Ceramah Pengajian Am
5.00 ptg - Aktiviti Koku
8.30 mlm - Majlis Perasmian bersama Pengarah Pelajaran Melaka
10.45 mlm - Refleksi
Ahad (10/7/2011)
8.30 pg - Para peserta balik ke sekolah masing-masing
Program ini telah berjaya menampilkan kewibawaan para pelajar pra u negeri Melaka dan kejayaan tersebut talah menarik minat perhatian Jabatan Pelajaran Melaka untuk memasukkan program tersebut dalam takwim aktiviti koku pada tahun hadapan..
| Sesi Ice Breaking dikendalikan oleh kaunselor SMK Bukit Baru |
| Majlis Ceramah Kenegaraan 1 Malaysia |
| GPK Tkn 6 SMKMA bersama Pen. Pengarah Jabatan Penerangan |
| Slot Team Building bersama PPU SMK Tun Tuah & SMK Seri Kota |
| Sesi Temuduga bersama MSU |
| Penyampaian cenderamata kepada MSU oleh En. Khalid Bujang , Guru KOku SMK Seri Tanjong |
| Majlis Perasmian bersama Pengarah Pelajaran Melaka |
| Pembacaan Resolusi oleh wakil dari SMK Bukit Baru |
| Persembahan Khas Pengkisahan Tun Abd. Razak |
| En. Md. Ali Saed, Pengetua Kanan SMK Munshi Abdullah |
| Tn. Hj. Muhamad Yusuff Osman, Pengarah Pelajaran Melaka |
| Pelajar SMK Munshi Abdullah |
Jejak Sejarah Melaka - Perak 2011
Salam sejahtera. Program Jejak Sejarah Melaka - Perak telah dijalankan pada 15-16 Julai, 2011. Seramai 40 orang termasuk 8 orang guru telah menyertai program ini. Alhamdulillah program ini telah berjaya mencapai matlamatnya dan dapat menimbulkan kesedaran mencintai sejarah negara. Jadual program adalah seperti berikut:
Khamis (11.30 mlm) Bertolak dari SMKMA
Jumaat :
6.00 pg - Solat Subuh di Masjid Teluk Intan
7.30 pg - Lawatan ke Menara Condong
10.00 pg - Lawatan ke Komplek Sejarah Pasir Salak
3.00 ptg - Lawatan ke Gua Tempurung
5.00 ptg - Lawatan ke Kellie Castle
Sabtu
9.30 pg - Lawatan ke Muzium Arkeologi , Lenggong
12.30 - Lawatan ke Sayong (Kilang Pasu Labu)
1.00 ptg - Lawatan ke Galeri Sultan Azlan Syah
- Solat Zuhur di Masjid Iskandariah
- Makan di Sg. Perak (Kuala Kangsar)
3.30 ptg - Bertolak balik ke Melaka
10.00 mlm - Selamat sampai ke SMK MA
Khamis (11.30 mlm) Bertolak dari SMKMA
Jumaat :
6.00 pg - Solat Subuh di Masjid Teluk Intan
7.30 pg - Lawatan ke Menara Condong
10.00 pg - Lawatan ke Komplek Sejarah Pasir Salak
3.00 ptg - Lawatan ke Gua Tempurung
5.00 ptg - Lawatan ke Kellie Castle
Sabtu
9.30 pg - Lawatan ke Muzium Arkeologi , Lenggong
12.30 - Lawatan ke Sayong (Kilang Pasu Labu)
1.00 ptg - Lawatan ke Galeri Sultan Azlan Syah
- Solat Zuhur di Masjid Iskandariah
- Makan di Sg. Perak (Kuala Kangsar)
3.30 ptg - Bertolak balik ke Melaka
10.00 mlm - Selamat sampai ke SMK MA
Subscribe to:
Posts (Atom)

