Sunday, August 7, 2011

Karnival Sukan Pra - U 2011

Sempena bulan kecergasan , unit sukan JPM telah menganjurkan karnival sukan pra-u, khusus untuk pelajar2 pra u negeri Melaka. Aktiviti tersebut telah dijalankan selama dua hari bermula pada 29-30 Julai lalu bertempat di SMK Seri Kota, Sekolah Sukan Negeri.

Acara-acara yang dipertandingkan adalah seperti Sepak Takraw, Bola Keranjang, Futsal, Bola Jaring dan Road Relay. Kontingen SMKMA yang turut mengambil bahagian telah memenangi beberapa acara seperti Futsal, Bola Keranjang dan Road Relay. Tahniah kepada para pemenang.


Antara pelajar yang mewakili pasukan SMKMA

No comments:

Post a Comment