Wednesday, November 30, 2011

Ucapan Khas GPK Tkn 6

Saya mewakili seluruh tenaga pengajar SMK Munshi Abdullah mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan STPM 2011 kepada semua calon STPM SMK Munshi Abdullah. Semoga apa yang telah diusahakan selama ini akan mendatangkan ganjaran yang setimpal. Semoga berjaya semua. Kami sentiasakan mendoakan agar anda akan mencapai kejayaan yang gemilang.

Good Luck untuk semua

Semoga Berjaya Juga Untuk Semua AJK MPP

Selamat Bersara Cikgu Lee Tick Siong

Satu majlis meraikan persaraan Cikgu Lee Tick Siong telah diadakan pada hari terakhir sesi persekolahan. Majlis telah dimulakan dengan jamuan sarapan pagi di Bilik Gerakan dan kemudian majlis telah diadakan di Dewan Wawasan. En. Lee dalam ucapannya telah melahirkan rasa bangganya kerana dapat berkhidmat dan bersara di SMKMA. Tahniah dan syabas diucapkan kepada cikgu Lee atas pengorbanan lebih 30 tahun dalam pendidikan.
Lambaian seorang pendidik

Menerima ucapan terima kasih sambil diiringi oleh GPK Tkn 6

Sesi Jamuan Pagi bersama Pentadbir

Merakam buat kali terakhir
Kepada semua pihak yang menjayakan program ini, termasuk Kelab Guru, Pentadbir Sekolah, guru dan MPP ribuan terima kasih diucapkan.

Sunday, November 20, 2011

Seminar Menangani Gejala Sosial Pra U Negeri Melaka

Jabatan Pelajaran Melaka melalui Unit Ppda dengan kerjasama Majlis GPK Tkn 6 telah mengadakan Seminar Menangani Gejala Sosial pada 9-11 November, 2011 di Glory Beach Resort, PD. Para peserta adalah dari kalangan pelajar-pelajar tkn enam rendah seluruh negeri Melaka.

Fokus utama program adalah untuk memberikan kesedaran dan pendedahan kepada para pelajar agar dapat menjadi agen perubahan dan memberikan kesedaran kepada rakan-rakan supaya tidak terjebak dengan kegiatan salah laku sosial.

sesi ice breaking bersama cikgu sairan

para peserta khusyuk mendengar ceramah

aktiviti pembentangan hasil perbincangan

Saturday, November 5, 2011

KOLOKIUM TINGKATAN ENAM PERINGKAT NEGERI MELAKA

Majlis Permuafakatan GPK Tingkatan Enam Negeri Melaka dengan kerjasama Unit Menengah, Jabatan Pelajaran Melaka telah menganjurkan Kolokium Tingkatan Enam peringkat Negeri Melaka pada 10 Oktober 2011 di Auditorium Masjid Al Azim. Sebanyak lapan buah sekolah telah menyertai kolokium ini iaitu :
a. SMK Iskandar Syah
b. SMK Bukit Baru
c. SMK Tun Tuah
d. SMK Lubuk China
e. SMK Agama Sultan Muhammad
f. SMK Pulau Sebang
g. SMK Munshi Abdullah
h. SMK Datuk Bendahara

Semua peserta telah menunjukkan mutu persembahan yang baik jika dibandingkan dengan prestasi pada tahun lepas. Upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengarah Pelajaran Negeri iaitu Tn. Hj. Muhamad Yusuf Osman. 

Peserta SMK Munshi Abdullah, Melaka


Persembahan dari SMK Seri Mahkota


Peserta SMK Datuk Bendahara, Jasin 

Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis Permuafakatan GPK Tkn 6

Penyampaian cenderamata oleh Ketua Sektor Pengurusan Sekolah kepada Tn Pengarah 

Program Lambaian Menara Gading STPM

Unit Kurikulum SMKMA telah mengadakan program Lambaian Menara Gading khusus kepada pelajar-pelajar 6AS2,6AS2 dan 6AS4 pada 12-13 Oktober, 2011 di Ismah Beach Resort, Tanjung Bidara , Melaka. Antara matlamat utama program adalah untuk memberikan peluang kepada calon-calon STPM belajar dalam suasana yang lebih tenang dan damai serta lebih fokus kepada subjek .

Antara subjek yang diberikan tumpuan adalah Pengajian Am, Sejarah, Bahasa Melayu, Pengajian Perniagaan, Sains Sukan dan Ekonomi. Adalah diharapkan agar program ini banyak membantu meningkatkan motivasi dan kefahaman pelajar. Selain itu para pelajar juga berpeluang melawat pusat penternakan penyu.









Thursday, October 27, 2011

Majlis Persaraan En. Md. Ali Saed

Majlis persaraan En. Md. Ali Saed, Pengetua Kanan, SMKMA telah diadakan pada 20 Oktober, 2011 di SMKMA. Majlis telah berjalan dengan lancar dan dihadiri oleh Tn. Pengarah Pelajaran, Ketua Sektor, PPDMelaka Tengah, Pengetua dan Guru Besar serta seluruh warga SMKMA.
Sekalung penghargaan kepada tuan pengetua dan semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

Sesi jamuan pagi

Tuan Pengarah mengucapkan tahniah kepada En. Md. Ali

Perarakan ke Dewan Munshi

En. Md. Ali bersama PPD, Pengarah Pelajaran dan GPK 1

Lambaian Terakhir
 

Sunday, October 2, 2011

Jamuan Akhir Tahun Pra- U Munshi

Majlis Jamuan Akhir Tahun telah diadakan pada:-
Tarikh : 29 September, 2011 (Khamis)
Masa : 12.45 ptg
Tempat : Dewan Munshi
Antara tetamu jemputan yang hadir adalah Tn. Hj. Jalaludin Ahmad , Guru P.Am yang telah dinaikkan pangkat sebagai GPK Tkn 6 di SMK Iskandar Syah, Jasin dan En. Ong Wah Beng, mantan GPK Tkn 6 serta En. Lee Tick Siong (guru ekonomi DG52 yang akan bersara bulan Disember nanti)

Aturcara majlis pada hari tersebut adalah :-
12.45 ptg
a. Ucapan Pengacara Majlis
b. Persembahan Multimedia
c. Sketsa Tkn 6 Bawah
- Ucapan Presiden MPP
d. Ucapan Hj. Jalaludin
e. Ucapan Datin Hjh Hamidah (GPK 1) mewakili Tn. Pengetua (tidak dapat hadir kerana bapa saudara meninggal dunia)
f. Penyampaian sijil dan hadiah :-
1. Penghargaan MPP 2010/11
2. Pelantikan MPP 2011/12
3. Hadiah Pelajar Harapan  (Akademik)
4.Hadiah Ceria Merdeka
5. Cenderamata En. Lee Tick Siong
6. Cenderamata Hj. Jalal
7. Cenderamata Pengantin Baru (En. Charlie & Pn. Lee Lin Mei)
8. Cabutan Bertuah


Penyambut Tetamu

Sketsa 6 Bawah
Selamat Pengantin Baru

Ucapan oleh Tn. Hj. Jalaludin Ahmad

Ucapan oleh Datin Hjh Hamidah Hassan (GPK I)


hadiah pemenang ceria merdeka


Persembahan pelajar 6 Atas