Saturday, March 5, 2011

KURSUS PRS

Unit Bimbingan & Kaunseling pagi tadi telah mengadakan satu program Kursus Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) di Dewan SMKMA dengan kerjasama MSU. Program berjalan dengan lancar dan telah di rasmikan majlis penutupnya oleh En. Zulhijri bin Sabtu, Pen. Pengarah Unit Kaunseling, JPM yang juga merupakan bekas guru SMKMA. 

Tahniah kepada semua pihak yang terlibat , moga-moga akan meningkatkan  lagi kecemerlangan sekolah kita. 
Bacaan doa sebelum majlis penutup dimulakan

Ucapan Tn. Md. Ali Saed, Pengetua Kanan SMKMA

Ucapan Perasmian Penutup oleh En. Zulhijri Sabtu, Pen. Pengarah Unit Kaunseling, JPM

GPK Tkn Enam turut sama hadir

Wakil dari MSU sedang mengumumkan peserta/kumpulan terbaik

Peserta Terbaik Perempuan

Sdra Fazrul, peserta terbaik kursus

Antara peserta kursus PRS

Peserta Kursus PRS


Antara pelajar tkn 3KA3 yang turut sama dalam kursus ini

Friday, March 4, 2011

Lawatan BTP Negeri Melaka

Kehadiran kira-kira 6 orang pegawai dari BTP Negeri Melaka disambut oleh Tn. Pengetua pada jam 10.00 pagi tadi. Kehadiran pegawai-pegawai tersebut adalah untuk membuat rakaman video dan gambar bagi penyelarasan penganugerahan 5 Bintang program Pembestarian oleh BTP. 

Dalam masa yang sama majlis meraikan perpindahan En. Alias Mahpol sebagai GPK 1 di SMKA Sultan Muhammad juga turut diadakan di dewan sekolah. 

Tahniah buat warga Munshi atas pengiktirafan sekolah 5 Bintang (Pembestarian Sekolah).

Thursday, March 3, 2011

Mesyuarat Analisa STPM 2010

Satu mesyuarat 'post mortem' khusus bagi membincangkan keputusan STPM 2010 telah diadakan hari ini (Khamis) jam 1.20-2.40 ptg di Bilik Kuliah 2. Setiap Ketua Unit telah memberikan laporan masing-masing dan memberikan cadangan dan mengemukakan perancangan bagi meningkatkan prestasi subjek masing-masing.

Pada akhir mesyuarat satu keputusan telah dicapai iaitu program Perkampungan Ilmu (Kelas tambahan masa cuti)  akan dijalankan serta kelas tambahan harian akan bermula pada 21 Mac, 2011 sebagai langkah awal memupuk minat calon-calon serta diharapkan program ini dapat memotivasikan pelajar untuk mencapai kecemerlangan bagi tahun 2011.
En. Said (GC Ekonomi) sedang mengemukakan laporan

Antara Guru-Guru Tkn 6 yang hadir

En. Khoo Ngee Seng (Panitia Fizik)

Wednesday, March 2, 2011

Tazkirah Bersama En. Hashim

Unit Pengurusan dan Pentadbiran Pra Univ, SMKMA mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Hashim atas kesudian beliau berkongsi ilmu dengan pelajar-pelajar pada satu majlis tazkirah yang diadakan pada hari Rabu jam 1.30 ptg. Nasihat dan panduan yang telah diberikan amat berguna untuk direnung dan dijadikan panduan oleh para pelajar.




 

Ujian Penilaian 1

Ujian Penilaian 1 (Bulan Mac) telah bermula pada 28 /2/2011. Ujian diadakan selama satu minggu sehingga hari Jumaat. Kebanyakan calon telah bersedia dan dapat mengharungi ujian dengan baik. Cuma menanti keputusannya sahaja. 


Kepada calon-calon yang tidak hadir untuk ujian ini, anda diminta untuk merujuk guru matapelajaran masing-masing bagi membincangkan perkara ini.
 Calon-calon serius menjawab soalan




Tuesday, March 1, 2011

Memperkasa Pra Universiti

Pelantikan GPK Tkn Enam yang baru iaitu En.Mohd Yusri Seman bagi menggantikan En. Ong Wah Beng telah diumumkan oleh Tn.Pengetua semasa majlis persaraan En. Ong Wah Beng.Bagi meneruskan usaha-usaha memperkasakan Pra Universiti, beberapa penambahbaikan telah dilaksanakan.

Tn. Pengetua, En. Ong dan En. Mohd Yusri di bilik Pengetua
                                   
Persembahan Tarian Singa Sempena Persaraan En. Ong Wah Beng dan Sambutan Tahun Baru Cina
            
Pada 9/2/2011 perjumpaan bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah diadakan bagi membincangkan program-program sepanjang tahun 2011. Pada 16/2/2011 satu lawatan ke PPU SMK Seri Tanjung telah diatur sebagai usaha menambah pengetahuan dan perkongsian ilmu bersama MPP SMKMA dengan SMK Seri Tanjung.

Majlis perhimpunan pelajar pra universiti pula telah diadakan pada 17/2/2011 (Khamis) Dalam majlis ini MPP telah diberi ruang untuk mengelolakan majlis tersebut. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu sekolah, doa, pidato pelajar, taklimat penyelidikan oleh En. Seet , ucapan GPK Tkn 6, majlis penyampaian hadiah harijadi dan diakhiri dengan ikrar pelajar (Rukun Negara & Sekolah)


Sambutan Maulidur Rasul SAW telah diadakan pada 23 /2/2011. Pelajar pra u turut mengambil bahagian dalam perarakan. Ceramah kemudiannya disampaikan oleh penceramah terkemuka iaitu Ustaz Wan Sohor Bani Leman .



Perjumpaan tenaga pengajar pra u bagi membincangkan kaedah penyediaan penyelidikan dan kolokium telah diadakan pada 24/2/2011. En. Ahmad Iskandar pula telah menyampaikan taklimat berhubung dengan program penyelidikan.




Keputusan STPM 2010 telah diumumkan pada 21/2/2011. Walaupun agak merosot sedikit , namun terdapat enam pelajar yang telah mencapai keputusan yang baik (lebih 3.6 ) dan lebih kurang 35 pelajar mencapai 3.0 ke atas. Usaha-usaha yang lebih konsisten dan bersepadu perlu dibuat bagi membantu meningkatkan prestasi pada tahun 2011.



Pelajar Terbaik STPM Tahun 2010
                                                     
Sesi Sukan Tara yang diadakan pada 19 Februari 2011 telah menunjukkan peratus kehadiran yang rendah dalam kalangan pelajar pra u. Bagi mendidik semangat bersukan , Unit Sukan Pra U dibawah kendalian En. Tan Han Kuk dan Pn. Alifah telah mengadakan satu sesi latihan kepada mereka yang tidak hadir pada hari selasa mulai jam 3.30 ptg dan ia nya telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Tahniah.





Ujian Penilaian 1 telah bermula dari 28/2/2011 hingga 4/3/2011. Selamat menghadapi ujian . Semoga berjaya..

Selamat Tahun Baru 2011

Salam hormat. Alhamdulillah kedatangan tahun baru 2011 disambut dengan sederhana. Kepada semua pelajar pra-universiti selamat kembali semula ke SMK Munshi dengan azam dan semangat yang baru.

Sesi pengajaran dibuka semula pada 3 Januari, 2011. Pendaftaran pelajar berjalan dengan baik. Seperti biasa pada awal tahun ini, banyak kerja-kerja pengurusan dijalankan oleh semua pihak.

Program kokurikulum mulai dijalankan dengan mesyuarat rumah sukan serta perjumpaan unit uniform serta kelab/persatuan.

Acara merentas desa dijalankan pada 22 Januari, 2011 jam 8.30 pagi. Tahniah kepada semua yang terlibat.

Aktiviti bulan Januari selesai dengan sambutan Tahun Baru Cina mulai 31 Jan hingga 6 Februari. Pada masa yang sama majlis persaraan GPK Tkn 6 (En. Ong Wah Beng) telah diadakan pada 28 Januari, 2011. Seluruh warga Munshi mengucapkan selamat bersara kepada En. Ong Wah Beng dan terima kasih atas sumbangan selama berada di SMK Munshi Abdullah.