Sunday, November 17, 2013

Majlis Restu Calon Penggal 1 STPM 2014

Satu taklimat dan majlis mohon restu bagi calon-calon STPM Penggal 1 telah diadakan di Bilik Gerakan sekolah pada 15/11/2013. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi taklimat kepada calon-calon berhubung dengan hal-hal berkaitan peperiksaan yang akan bermula pada 19/11/2013.

Antara guru yang telah memberikan ucapan adalah Cikgu Ramli Md. Tion (kaunselor), En. Mohd Yusri Seman (GPK Tingkatan Enam) dan En. Mansor Idris (GPK Pentadbiran). Diharapkan semua calon dapat memberikan sepenuh tumpuan dan membuat persediaan yang secukupnya bagi menghadapi peperiksaan tersebut. 

Janji  4A daripada MPP

Sesi taklimat untuk peperiksaan STPM P1

Ucapan En. Mansor (PK1)

Taklimat Teknikal oleh En. Mohd Yusri

Taklimat oleh En. Ramli (Kaunselor)

Antara pelajar yang bakal menduduki peperiksaan

Sempat juga bergambar dengan calon P3


 

Saturday, November 16, 2013

Bermulanya Sebuah Perjuangan

Selamat berjuang dan semoga mencapai kejayaan cemerlang kepada semua calon STPM P3 yang mula menduduki peperiksaan mulai 6/11/2013 - 14/11/2013.

Bagi calon-calon P1, peperiksaan bermula mulai 19/11/2013 - 25/11/2013. Sebelum bermula peperiksaan, sekali lagi Unit Kurikulum Kemanusiaan telah mengadakan program Pecutan Akhir STPM P1 bertempat di Komplek Falak Al Khawarizmi pada 12-13 November, 2013.

Subjek tumpuan adalah Bahasa Melayu, Pengajian Am, Ekonomi, Sejarah, Pengajian Perniagaan dan Sains Sukan. Rata-rata semua pelajar yang mengikuti program ini berasa sangat gembira kerana dapat belajar dengan lebih fokus dan tenang.

Taklimat kepada peserta

Suasana belajar yang kondusif

Latihan membina keyakinan diri

Bergambar di Menara Komplek

Makan Tengahari

Sementara menunggu tetamu
Lawatan ke Planetarium
Program Solat Hajat & Tazkirah bersama Ust Bakhtiar
S
Sesi rehat minda


Peserta Program