Cuti sekolah tahun ini kami sekeluarga ke Bandung, Indonesia. Saja nak jumpa anak yang sedang belajar di Jakarta dan bawa anak no 2 yang dua bulan masuk kem PLKN. Seronok juga dapat melihat-lihat negeri orang. Kami berlepas ke Bandung jam 10.00 mlm dengan menaiki pesawat Air Asia. Tiba di Bandung jam 11.05 mlm (12.05 waktu tempatan). Pak supir (Yudha) telah sedia menunggu bersama anak sulung.
Ahad : jam 8.30 pagi kami ke Tangkuban Perahu. Perjalanan yang menarik dan nyaman. Cuaca tidaklah seperti di Jakarta yang agak panas. Jam 2.00 ptg, menghantar anak ke stesen keretapi Bandung untuk menghantar anak balik ke Jakarta. Selepas itu kami meneruskan aktiviti shopping di sekitar Bandung.
Isnin : Jam 8.30 pagi terus ke Rumah Kain - biasa le.. untuk orang rumah beli kain..Aktiviti hari ini penuh dengan shoping aja... Pasar baru, Toko 3, Out Let dan sebagainya.. capek..
Selasa : Jam 6.30 pagi dah gerak ke Bandara untuk balik ke KL... Flight jam 8.30 pagi.. Alhamdulillah kami selamat sampai di LCCT jam 12.00 .. dan aku terus ke Pearl International untuk satu lagi tugasan negara....
|
Bergambar keluarga di Tangkuban Perahu sambil meraikan hari lahir isteri ke 47 |
|
|
Di station keretapi Bandung |
|
Kawah Gunung Berapi |
|
Bersama kenderaan rasmi |
|
sekitar komplek beli belah Grutty |
|
|
jalan raya sekitar bandung |