Friday, September 19, 2014

AKTIVITI PRAU MUNSHI JUN-SEPTEMBER

Pelbagai aktiviti makin rancak diatur untuk program prauniversiti Munshi Abdullah. Antaranya Kejohanan Sukan Tingkatan Enam Negeri Melaka.Acara yang dipertandingkan pada tahun ini adalah Bola Jaring, Bola Tampar, Badminton, Futsal. namun pasukan kita hanya mendapat tempat ketiga bagi acara futsal sahaja.

Cuti pertengahan bulan September telah digunakan dengan sebaiknya bagi menjalankan program Perkampungan Ilmu P1. Kerjasama yang hebat dari guru-guru dan para pelajar yang hadir telah berjaya mengukuhkan kefahaman pelajar demi mencapai kejayaan dalam peperiksaan STPM P1 dan UP1.