Sunday, July 22, 2012

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak 1433H

Kepada seluruh umat Islam di seluruh negara terutamanya warga SMK Munshi Abdullah saya dan keluarga mengucapkan selamat menyambut menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al Mubarak 1433H. 
"Jika semua yang kita inginkan harus kita miliki, dari mana kita belajar keikhlasan?
Jika semua yang kita mahu harus terpenuhi, dari mana kita belajar kesabaran?
Ketika kerja kita tak dihargai , maka saat itu kita sedang belajar tentang keikhlasan..
Ketika hati kita terluka , maka saat itu kita sedang belajar untuk memaafkan..
Ketika kita merasa keciwa, maka saat itu kita sedang belajar erti kebahagiaan...
Ketika kita merasa sepi & sendiri, maka saat itu kita sedang  belajar tentang erti ketabahan.. 
INGATLAH ALLAH DIMANA SAJA KITA BERADA..

Saturday, July 21, 2012

Pidato Bahasa Melayu Pra Universiti 2012

SMK Munshi Abdullah telah diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah pertandingan akhir Pidato Pra U tahun 2012. Majlis telah berjalan dengan lancar pada 19 Julai mulai jam 2.30 ptg di Dewan SMK Munshi Abdullah.

Sebanyak 8 peserta telah layak ke pertandingan akhir ini dan mewakili daerah masing-masing. Peserta-peserta yang mengambil bahagian adalah seperti berikut :-
1. Mustaqim b Mohamad - SMK Munshi Abdullah
2. Muhammad Farhan b Omar - SMK Lubuk China
3. Syafiq Hariz b Mohd Hanafiah- SMKA Sultan Muhamad
4. Sarmila a/p Narayanasamy Naidu - SMK Dol Said
5. Aziemah bt Md. Hatar - SMK Seri Kota
6. Siti Humairah bt Ahmad Rifai - SMK Seri Mahkota
7. Ahmad Izzudin b Mohd Hanafiah - SMK Seri Tanjong
8. Lim Jhin Horng - SMK Dang Anum

Keputusan Pertandingan : 
Johan - SMKA Sultan Muhammad
Naib Johan - SMK Seri Mahkota
Ketiga - SMK Lubuk China
  
Majlis Penyampaian hadiah telah disemurnakan oleh En. Husin b Chek, Ketua Unit Koku, JPM.











Friday, July 20, 2012

PRA U MUNSHI ABDULLAH JUARA KARNIVAL SUKAN NEGERI MELAKA






Kontingen sukan Pra U Munshi Abdullah (PUMA) telah menjadi johan keseluruhan Karnival Sukan tingkatan enam peringkat negeri Melaka pada 17-18 Julai bertempat di Sek Sukan Seri Kota. 

Keputusan penuh :
1. Johan Futsal 
2. Johan Bola Jaring
3. Johan Bola Keranjang (L)
4. Naib Johan Bola Keranjang (P)
5. Peringkat awal Sepak Takraw.

Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Karnival Sukan ini.









Tuesday, July 10, 2012

Senam Robik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

Majlis pelancaran Senam Robik 1M1S1M telah berjalan serentak di seluruh negara hari ini. Unit Kokurikulum SMK Munshi Abdullah juga turut sama menjayakan program ini. Majlis telah bermula dengan perhimpunan pagi dan diikuti dengan acara senamrobik yang turut disertai oleh lebih 1200 pelajar sidang pagi.

Barisan pentadbir turut mengambil bahagian dalam acara ini termasuklah Tuan Hj. Rashid bin Hj. Husin yang menunjukkan semangat dan komitmen yang tinggi dalam program ini.