Sunday, August 28, 2011

Lawatan Pelajar Pra U Munshi ke Rumah Kenangan , Cheng , Melaka

Sempena penghayatan bulan Ramadhan Al Mubarak dan program Khidmat Masyarakat, seramai 20 pelajar Pra U Munshi telah mengadakan satu program bersama warga tua di rumah kenangan , Cheng, Melaka pada hari Selasa ( 23 Ogos, 2011) mulai jam 2.00 - 5.00 ptg. Antara fokus utama program ini adalah untuk menceriakan warga tua yang tinggal di rumah kenangan tersebut dan juga program ini turut memberikan sumbangan berupa pampers & beras kepada mereka. Tahniah dan syabas kepada AJK program yang telah berjaya mengelolakan program ini.


Para pelajar Pra U MUnshi yang terlibat dengan Program Khidmat Masyarakat



Wednesday, August 24, 2011

Sesi Pembentangan Banner Ceria Merdeka

Rabu (24/8/2011) - Sesi pembentangan banner telah berlangsung dengan jayanya ptg tadi  sempena aktiviti koku tkn 6 bawah. Sebanyak 7 pasukan mengambil bahagian dan semuanya telah menunjukkan prestasi yang baik. Tahniah kepada semua pasukan yang dapat menunjukkan mutu rekacipta banner yang menarik dan pembentangan yang berkesan..

Add caption










Tuesday, August 16, 2011

Sambutan Bulan Kemerdekaan kali ke -54

Dalam perhimpunan rasmi pagi tadi, satu majlis perasmian sambutan bulan kemerdekaan kali ke 54 telah diadakan. Majlis telah dianjurkan oleh Panitia Sejarah dan Kelab Setia. En. Ahmad Dhabal, Pegawai Penerangan Daerah telah merasmikan sambutan kemerdekaan pada tahun ini.


GPK Tkn 6 bersama beberapa orang pelajar pembawa bendera Malaysia


En. Ahmad Dhabal, Pegawai Penerangan Daerah Melaka Tengah






Sunday, August 7, 2011

Perhimpunan Pra-U kali ke 5

Pada hari khamis (4/8/2011) satu perhimpunan untuk para pelajar pra - u , Smk Munshi Abdullah telah diadakan di dewan sekolah bermula jam 1.15 ptg. Acara dimulai dengan nyanyian lagu sekolah, ikrar rukun negara & sekolah, bacaan doa, sesi kolokium, pidato pelajar (tajuk : patriotisme), penyampaian hadiah karnival sukan pra u , penyampaian sijil karnival koku, penyampaian hadiah hari jadi (masa ni cikgu charlie cabut lari bila cikgu lee lin mei nak sampaikan hadiah) dan ucapan GPK Tkn. 6




Karnival Sukan Pra - U 2011

Sempena bulan kecergasan , unit sukan JPM telah menganjurkan karnival sukan pra-u, khusus untuk pelajar2 pra u negeri Melaka. Aktiviti tersebut telah dijalankan selama dua hari bermula pada 29-30 Julai lalu bertempat di SMK Seri Kota, Sekolah Sukan Negeri.

Acara-acara yang dipertandingkan adalah seperti Sepak Takraw, Bola Keranjang, Futsal, Bola Jaring dan Road Relay. Kontingen SMKMA yang turut mengambil bahagian telah memenangi beberapa acara seperti Futsal, Bola Keranjang dan Road Relay. Tahniah kepada para pemenang.


Antara pelajar yang mewakili pasukan SMKMA