Sunday, April 24, 2011

SEMINAR TAMADUN DUNIA & ISLAM

Satu seminar Tamadun Dunia & Islam telah diadakan di SMK Munshi Abdullah pada 23 April, 2011 khusus kepada para pelajar Tingkatan Enam yang mengambil kertas Sejarah dalam peperiksaan STPM. Program ini telah dikelolakan oleh Unit Sejarah, SMK Munshi Abdullah.

Seramai 310 peserta telah menghadiri seminar yang dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Kamaruzaman Yusuff, dari UKM. Beliau telah memberikan pendedahan dan pengetahuan yang berguna kepada semua peserta termasuk guru-guru yang mengajar subjek ini.

Semoga semua pelajar dan guru yang menghadiri seminar ini dapat memanfaatkan ilmu yang diperoleh dan akan digunakan dalam pengajian kertas sejarah 940/1 ini.
Sebahagian daripada 310 pelajar yang hadir

Penceramah :Prof. Madya  Dr. Kamaruzaman Yusuff

Antara guru-guru yang hadir

Interaksi Penceramah bersama guru-guru

Sesi soal jawab

Pengetua SMK Munshi Abdullah menyampaikan cenderamata kepada Prof. Madya Dr. Kamaruzaman

Gambar-gambar sekitar Seminar Sejarah 1, STPM di SMK Munshi Abdullah

Sunday, April 3, 2011

LAWATAN SMK SERI BALIK PULAU

Pada Jumaat - Ahad lepas (1-3 April, 2011) seramai 39 orang guru dan pelajar pelajar SMK Seri Balik Pulau, P.Pinang telah mengadakan lawatan pelancongan ke Melaka dan koperasi SMKMA bersama ahli PKSnya telah menjadi pemandu pelancong kepada rombongan berkenaan.

Guru & pelajar PKS SMK Balik Pulau sedang berehat di Jonker Walk
Persembahan Tarian Kelab Seni Budaya SMKMA

Persembahan Nasyid dari PKS SMKMA

Persembahan PKS SMK Balik Pulau

Lawatan PKS ke MP

Antara guru SMKMA & SMKBP

Guru&Murid dari PKS SMKBP